Ikuti Kami:

Han Hyunmin Masuk Agensi Sublime, Sertai Rain, Jackson GOT7 & Ramai Lagi

Han Hyunmin Masuk Agensi Sublime, Sertai Rain, Jackson GOT7 & Ramai Lagi

Siapa pernah tonton drama lakonan Han Hyun-min?

Terbaru pada 9 Jun, agensi Sublime mengumumkan bahawa pelakon dan model Han Hyun-min telah menyertai syarikat mereka. Menurut agensi,

Kami telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Han Hyun-min. Kami gembira dapat bekerjasama dengan artis yang menunjukkan bakat yang tidak terhingga melalui aktiviti peragaan dan penyiaran. Kami tidak akan melepaskan untuk memberi sokongan.

Untuk pengetahuan, Han Hyun-min yang dilahirkan pada tahun 2001, telah memulakan kerjayanya di acara minggu fesyen ‘Seoul Fashion Week’ pada 2016. Dia kemudian aktif dalam program hiburan “My English Puberty” dan “Law of the Jungle in Phone Pay”, serta menjadi MC di program muzik ‘M Countdown’. Dia juga telah muncul dalam pelbagai naskhah seperti siri Netlix “So Not Worth It”, filem “Special Delivery” dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Sublime juga merupakan agensi kepada Rain, Song Kang-ho, Jackson dan Young-jae GOT7, Hani, Ye-rin dan ramai lagi.

Harap dapat tengok Han Hyun-min berlakon dalam banyak drama lepas ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...