Baru-baru ini, kumpulan LIGHTSUM tampil mengadakan persembahan kemunculan semula bagi pelancaran album mini pertama mereka iaitu “Into The Light” di Blue Square di Yongsangu, Seoul, Korea.
Setelah selesai persembahan tersebut ahli kumpulan LIGHTSUM ditanya mengenai beberapa perkara yang berkait dengan mereka. Salah seorang ahli, Han Cho-won ditanya mengenai kesilapan yang dialaminya akibat skandal undi palsu “Produce 48” di pameran kumpulan itu.
Pada hari persembahan tersebut, Han Cho-won menyertai ahli lain untuk memperkenalkan pentas pertama bagi lagu terbaru mereka “ALIVE”, yang mempamerkan dunia akromatik yang bertukar meriah melalui alunan muzik yang kuat. Dengan barisan tarian yang hebat dan vokal yang mengagumkan, persembahan Han Cho-won menarik perhatian umum.
Ketika ditanya mengenai manipulasi bagi ‘ranking’ “Produce 48”, Han Cho-won menjawab,
Saya akan berbohong jika saya berkata saya tidak merasakan kecewa atau rugi.
Sebelum ini pada 2018, Han Cho-won menyertai program uji bakat survival Mnet “Produce 48”, sebagai pelatih di bawah Cube Entertainment. Dia sepatutnya membuat debut apabila dia menduduki tempat ke-6 dalam pusingan akhir pengundian, tetapi telah disingkirkan secara tidak wajar kerana manipulasi undian yang dilakukan oleh penerbit utama program tersebut, Ahn Joon-young dan pasukan produksi.
Kesian kan Han Cho-won? Semoga perkara ini tidak diperbesarkan dan dapat diselesaikan dengan cepat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.