Ikuti Kami:

Hampiri Separuh Kedua, ‘Grid’ Terus Tampil Pelbagai Babak Saspens

Hampiri Separuh Kedua, ‘Grid’ Terus Tampil Pelbagai Babak Saspens

Siapa yang sedang seronok menonton “Grid” di Disney+ Hotstar sekarang ini? Mendebarkan betul tak?

Untuk pengetahuan, siri sci-fi ini menyelongkar mengenai sistem jaring ‘grid’ yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

[Amaran SPOILER]

Meskipun cuba menjalani siasatan sendiri, namun Jung Sae-byeok (Kim Ah-joong) terhenti apabila Biro Pengurusan Grid memintanya untuk berhenti menjaga tepi kain kes tersebut. Bahkan dia diugut bakal dibuang daripada segala tugasan sekiranya berterusan bertindak sendiri seperti itu lagi.

Tampil kasar apabila diperhatikan oleh ketuanya, namun Kim Sae-ha (Seo Kang-joon) sentiasa memberikan kemas kini terbaru mengenai siasatan mereka kepada detektif wanita itu. Lebih mengejutkan apabila Song Eo-jin (Kim Moo-yeol) yang merupakan bekas suami Jung Sae-byeok hanya mampu mendiamkan diri apabila wanita itu ditangkap. Melihatkan lirikan mata yang penuh kesakitan dan perbualan keduanya, sepertinya ada sesuatu yang terjadi dahulu dan tidak dapat diungkap oleh mereka .

disney+ grid

Kredit: OSEN

Dalam pada itu, keberadaan Kim Ma-nok (Kim Sun-kyun) masih menjadi tanda tanya selepas dia menghilangkan diri semasa dikejar pihak berkuasa. Semakin mendebarkan apabila ‘Hantu’ muncul dengan penampilan normal sebagai penjaga baru ibu Kim Sae-ha yang sakit. Adakah lelaki itu akan mengenali wanita yang dicarinya itu nanti? Sama-sama kita tunggu episod akan datang.

Bakal memasuki separuh kedua, “Grid” nyata berjaya membuatkan penonton bermain dengan persoalan dengan kekuatan ‘Hantu’ dan bagaimana ianya akan memberi kesan kepada semua.

Nantikan episod ke-5 “Grid” pada 16 Mac ini di Disney+ Hotstar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...