Hampir Tamat, Penonton Harap Kesudahan Bahagia Dalam Drama ‘Chocolate’!

chocolate

Banyak betul drama Korea hebat sejak kebelakangan ini! Tak menang ‘mata’ nak tonton semuanya. Dahlah genre yang diketengahkan juga agak pelbagai, romantik ada, aksi ada, thriller ada, sesuailah ikut kesukaan penonton nak tengok yang mana. Dalam salah satu naskhah yang sedang ditayangkan sekarang, ramai juga yang syok menonton drama “Chocolate” di saluran jtbc. Dahlah gandingkan pelakon veteran iaitu Yoon Kyesang dan Ha Jiwon, mestilah ramai yang tengok!

chocolate

Kepada yang tidak tahu, “Chocolate” membawa kisah tentang Lee Kang (Yoon Kyesang) yang membesar di sebuah pekan kecil di tepian pantai dan bercita-cita untuk menjadi seorang tukang masak. Walaubagaimanapun dia membesar menjadi pakar bedah neuro yang tegas tetapi sebenarnya sangat baik dalamnya. Manakala Moon Chayoung (Ha Jiwon), ketika dia kecil, dia telah berkenalan dengan Lee Kang di sebuah restoran kecil di pekan persisiran pantai. Pada hari tersebut, lelaki itu telah menyediakan makanan untuknya dan itu merupakan kenangan yang paling indah dalam hidupnya sehingga membuatkannya menjadi seorang chef. Dunia ini nyata kecil apabila mereka kembali bertemu di wad ‘hospice’.

Tinggal 2 episod sahaja lagi, namun penonton dah tak sabar-sabar nak nantikan kesudahannya. Kesemua yang setia menanti drama ini pada saban episod nyata sukakan tema drama ini yang slow dan syahdu. Tak kurang juga apabila “Chocolate” turut sentiasa memberi penekanan kepada segala makanan yang ditonjolkan dalam cerita ini. Sudah hampir ke penghujung, penonton dapat merasai sedikit kebahagiaan selepas melihat perkembangan hubungan di antara Chayoung dan Lee Kang. Penat melihat kesedihan dan kemarahan yang menyelubungi pasangan ini, semua pastinya tak sabar melihat mereka bersama juga pada akhirnya.

chocolate

Tolonglah kesudahan bahagia dan pasangan merpati dua sejoli ini bakal menguruskan kembali Restoran Badu di Wando! Penatlah rawat hati kalau tiba-tiba ada konflik lain pula yang timbul dan dekat habis ni!

Sumber: TheReviewGeek

Leave a Reply