Ikuti Kami:

“Hampir Tak Kenal” – Sibuk Dengan Banyak Projek Lakonan, Muka Penat Jisoo BP Di Set Buat Peminat Risau

“Hampir Tak Kenal” – Sibuk Dengan Banyak Projek Lakonan, Muka Penat Jisoo BP Di Set Buat Peminat Risau

‘Rehat’ dari aktiviti BLACKPINK, Ji-soo nampaknya sedang bekerja keras untuk pelbagai projek lakonannya kini.

Baru-baru ini, pelakon veteran iaitu Kim Jong-soo telah berkongsi fotonya bersama Ji-soo ketika di set penggambaran. Tulisnya,

Jumpa Ji-soo di set ^^ Seronok berjumpa dengan awak~

Selain seronok melihat reunion kedua pelakon “Snowdrop” itu, wajah Ji-soo yang nampak penat dan tanpa solekan turut menjadi perbualan peminat.

Di laman X, peminat meluahkan kerisauan mereka kerana wanita itu nampaknya sedang bekerja keras untuk pelbagai projek kini termasuklah penggambaran drama “Influenza” dan filem “Omniscient Reader’s Viewpoint” pada waktu yang sama.

Antara komen peminat,

  • Dia layak dapat rehat yang sepatutnya.
  • Dia nampak penat sangat..
  • Saya hampir tak kenal dia. Dia memang benar-benar bekerja keras.
  • Bayangkan rakam 2 projek aksi dalam satu masa.
  • Dia tak berhenti bekerja. Semoga awak sentiasa sihat Ji-soo!

Fighting Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...