Ikuti Kami:

Hampir Dalam Setiap Episod, Penonton Persoal ‘Queen Woo’ Papar Banyak Adegan S*ks Melampau

Hampir Dalam Setiap Episod, Penonton Persoal ‘Queen Woo’ Papar Banyak Adegan S*ks Melampau

Meskipun dibintangi ramai pelakon hebat, drama “Queen Woo” nampaknya telah menerima kritikan ramai kerana memaparkan terlalu banyak babak seksual.

Bagi yang belum tahu, drama ini diterajui pelakon seperti Jeon Jong-seo, Ji Chang-wook dan Jung Yu-mi, mengisahkan tentang seorang permaisuri yang ingin mencari raja baru dalam tempoh 24 jam, selepas kematian suaminya.

Namun, ramai rata-rata kecewa dengan bahagian 1 drama itu kerana banyak memasukkan adegan eksplisit yang melampau dan tidak perlu untuk perkembangan plot.

Malahan, segelintir penonton turut mempersoalkan motif adegan wanita tidak berbaju dan hubungan intim ditayangkan dalam hampir setiap episod.

Bagaimanapun, ada yang juga yang berpendapat bahawa ia adalah normal untuk drama bersejarah gelap seperti ini tambahan pula, ia telah menetapkan had umur untuk penonton umur 21 tahun  ke atas.

Antara komen yang ditulis,

  • Satu je soalan saya. Perlu ke?
  • Saya rasa babak tu lah yang jadikan drama ni realistik. Perebutan kuasa, politik dan hubungan s*ks untuk kesenangan.
  • Dah macam ‘Game of Thrones’ pula..
  • Mungkin drama ni bukan untuk semua orang.

Hmm korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ten Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...