Ikuti Kami:

Hampir Sedekad Dalam Industri, Ini Beberapa Watak Park Seojoon Jadi Kegemaran Ramai!

Hampir Sedekad Dalam Industri, Ini Beberapa Watak Park Seojoon Jadi Kegemaran Ramai!

Dah umur 35 dah kan Park Seo-joon? Ha bagi yang meminati Park Seo-joon, mesti korang tahu semalam, 16 Disember merupakan hari ulang tahunnya kan?

Selain daripada menjengah ke usia baru, tanpa kita sedar Park Seo-joon atau nama  sebenarnya, Park Yong-kyu, sudah berada dalam industri hiburan selama hampir 1 dekad. Sudah banyak drama, filem, yang dilakonkannya malah dia juga turut berjaya merangkul beberapa anugerah sepanjang kariernya.

Jadi, sempena ulang tahunnya yang ke-35, jom kita tengok beberapa watak lakonannya yang sangat diminati ramai!

1. A Witch’s Love (2014)

Drama yang mengisahkan mengenai Ji-yeon lakonan Uhm Jung-hwa dan juga Dong-ha lakonan Park Seo-joon yang menemui bibit cinta antara mereka walaupun mereka mempunyai perbezaan umur yang sangat ketara.

Walaupun ini merupakan antara drama terbaru Park Seo-joon, namun lakonannya dipuji peminat kerana dia tak kekok untuk berlakon dengan pelakon senior!

2. Kill Me, Heal Me (2015)

Korang masih ingat tak drama ni? Menerusi drama romantik komedi ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Oh Ri-on iaitu kembar kepada Oh Ri-jin lakonan Hwang Jung-eum. Drama ini mengisahkan mengenai Cha Do-hyun (Ji Sung) yang mempunyai masalah kecelaruan identiti.

Drama ini lah yang buat penonton mula mengenali bakat Park Seo-joon kerana dia mampu membawa watak komedi dengan baik.

3. She Was Pretty (2015)

Pastinya watak Park Seo-joon dalam drama ini pun korang masih ingat kan? Drama yang mengisahkan mengenai Sung Joon iaitu lakonan Park Seo-joon yang mempunyai bentuk badan gemuk ketika masih kecil namun berkawan baik dengan seorang gadis cantik Hye Jin lakonan Hwang Jung-eum.

Kisah percintaan mereka ini sangat romantik kan! Dari awal lagi watak Sung Joon ini sangat mencintai Hye Jin walau bagaimanapun rupa parasnya. Mesti korang nak teman lelaki macam ni kan?

4. Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016–2017)

Drama yang menghimpunkan pelakon-pelakon kacak ini, mesti ramai tak boleh lupa! Dibintangi oleh Park Seo-joon, Go A-ra, Park Hyung-shik, Choi Min-ho, V BTS dan ramai lagi, drama ini pernah menjadi hit suatu ketika dahulu!

Tak pernah kan kita tengok Park Seo-joon berambut panjang dan membawa watak sebagai seorang pahlawan? Drama ini juga merupakan antara drama yang berjaya melonjakkan lagi nama Park Seo-joon kerana lakonannya dalam drama bersejarah buat pertama kalinya, sangat mengagumkan.

5. Fight for My Way (2017)

Aw! Pasangan kekasih yang menjadi impian ramai orang! Watak Ko Dong-man yang dilakonkan oleh Park Seo-joon menerusi drama ini sangat digilai oleh peminat kerana watak ini lebih menonjolkan sisi sebenarnya.

Bergandingan dengan pelakon cantik Kim Ji-won, babak percintaan mereka sehingga kini masih berjaya memeri impak dan menjadi bualan dalam kalangan penonton. Siapa je tak suka kalau teman lelaki tampan dan pandai berlawan kan! Lawan yang ‘legit’ okay!

6. What’s Wrong with Secretary Kim (2018)

Memang tak boleh dinafikan lagi bakat lakonan Park Seo-joon dalam drama rom-com kan? Sewaktu drama ini bersiaran, Park Seo-joon sekali lagi menjadi perhatian dek kerana dia membawa watak seorang pewaris dari keluarga kaya.

Mula jatuh cinta dengan pembantu peribadinya sendiri Kim Mi-so lakonan Park Min-young, siapa sangka, ‘chemistry’ mereka berdua sehingga kini masih memberi impak. Ada dalam kalangan peminat yang berharap mereka ni bercinta betul-betul. Korang ni… kan berlakon je!

7. Itaewon Class (2020)

Untuk watak Park Sae-ro-yi, kebolehan lakonan Park Seo-joon sekali lagi diuji kerana watak ini betul mencabar! Kalau korang masih ingat drama ini, pasti korang ingat babak di mana Park Sae-ro-yi menangis dek kerana kematian ayahnya.

Bergandingan bersama pelakon Kim Da-mi dan Ahn Bo-hyun, wataknya dalam drama ini dilihat agak berbeza dengan watak sebelumnya kerana ia lebih berkisarkan kepada pembalasan dendam. Korang ingat tak potongan rambut ‘mangkuk’ Park Sae-ro-yi?

8. The Chronicles of Evil – Filem (2015)

Filem yang mengisahkan mengenai seorang detektif yang terlibat dalam kematian pemandu teksi dan mula menyedari dia sebenarnya telah diperangkap. Dia kemudiannya cuba menyelesaikan kesilapan lalu untuk mengetahui mengapa dia menjadi sasaran.

Dalam filem ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Cha Dong-jae seorang detektif rookie yang membantu seniornya untuk merungkai masalah. Lakonannya dalam filem ni pun best kan!

9. Midnight Runners (2017)

Mesti ramai yang setuju filem ini kelakar kan! Untuk filem ini, Park Seo-joon bergandingan bersama Kang Ha-neul yang mana mereka ini merupakan pelatih dari akademi polis yang berusaha merungkai satu sindiket haram.

Dalam filem ini, Park Seo-joon bukan sahaja berjaya membawa watak Park Ki-joon yang kelakar dan ‘out-going’, malah dia juga mampu menyentuh hati penonton dengan elemen kemanusiaan di babak akhir.

Kelakar kan bila Ki-joon selalu gaduh dengan Hee-yeol!

10.  The Divine Fury – Filem (2019)

Menerusi filem ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Yong-hoo, seorang juara ‘martial arts’ yang mempunyai kuasa luar biasa untuk berlawan dengan kuasa jahat. Setelah melihat sendiri kematian kedua ibu-bapanya, Yong-hoo menyimpan rasa benci dan tekad untuk menggunakan kuasa itu untuk membalas dendamnya.

Lain macam watak Park Seo-joon dalam filem ini, tapi tak sah kalau tak mendapat pujian. Kalau Park Seo-joon berlakon mesti best!

Jadi, mana satu watak Park Seo-joon yang korang suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...