Macam tak percaya kan Sandara Park sudah hampir mencecah usia 40 tahun?
Baru-baru ini, Sandara Park baru sahaja melancarkan lagu solo barunya berjudul “Festival” dan telah meraih perhatian ramai dengan kecantikannya yang tidak dimakan usia.
Khususnya pada 2023 ini, wanita itu akan memasuki usia 39 tahun namun, ramai yang memuji bahawa dia kelihatan seperti dalam lingkungan umur 20-an dalam beberapa foto promosi untuk “Festival”.
Menerusi komuniti dalam talian, netizen memuji Sandara Park dan menulis,
Saya terkejut kerana dia kelihatan sama seperti dahulu.
Saya tak percaya dia hampir memasuki umur 40 tahun.
Orang yang tidak mengenalinya pasti akan ingat dia dalam lingkungan umur 20-an.
Tidak kira berapa banyak kali saya melihatnya, dia langsung tidak nampak seperti 39 tahun.
Dia nampak lebih muda dari saya..
Kenapa Sandara Park nampak makin muda pula ni?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉