Ikuti Kami:

Hampir Bercerai Tahun Lalu, Hwang Jungeum Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Hampir Bercerai Tahun Lalu, Hwang Jungeum Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

Nampaknya kehidupan Hwang Jung-eum dan suami semakin ceria apabila ada pertambahan ahli keluarga mereka kini.

Pelakon wanita itu disahkan selamat melahirkan anak keduanya pada pagi ini dan perkara itu dikongsikan oleh agensinya sendiri,

Pelakon Hwang Jung-eum selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pagi 16 Mac. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Tambah agensinya lagi,

Sila bila sokongan buat Hwang Jung-eum yang baru sahaja menyambut ahli keluarga baru dan dia akan berjumpa anda dengan projek yang baik nanti.

hwang jungeum

Untuk pengetahuan, pelakon itu berkahwin dengan bekas pemain golf profesional dan ahli perniagaan kini iaitu Lee Young-don pada 2016 selain memiliki anak pertama pada tahun yang sama.

Pun begitu, pada September 2020, pasangan itu dilaporkan menfailkan pengantaraan penceraian namun ianya berakhir bahagia apabila keduanya bersetuju untuk berdamai dan meneruskan perkahwinan mereka.

Tahniah Hwang Jung-eum dan suami!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...