Ikuti Kami:

Hampir 6 Bulan Sepi Selepas Kontroversi, Lucas NCT Muat Naik Foto Di Instagram

Hampir 6 Bulan Sepi Selepas Kontroversi, Lucas NCT Muat Naik Foto Di Instagram

Lucas dari kumpulan NCT dan WayV, akan kembali?

Pada Ogos tahun lepas, Lucas telah terlibat dengan suatu kontroversi di mana pelbagai skandal yang mengatakan dia bercinta dengan peminat dan menipu mereka. Gosip itu bermula apabila seorang netizen Korea memuat naik sebuah entri di laman komuniti dan menuduh lelaki itu menipunya.

Hanya dua hari kemudian, Lucas menulis surat permohonan maaf atas kesalahannya dan seterusnya mengejutkan semua orang. Sejak itu, Lucas telah mengambil tempoh rehat yang tidak ditentukan jangka masanya, kerana dia telah menarik diri daripada promosi kumpulan dan juga media sosial.

Namun, pada 9 Februari, Lucas telah mengejutkan peminat dengan entri pertamanya di Instagram dalam 6 bulan, selepas isu kontroversi tersebut.

Lucas hanya menyiarkan foto hitam putih lautan tanpa apa-apa kapsyen dan mengemas kini peminat buat kali pertama sejak kontroversi itu. Ramai netizen Korea bingung melihat Lucas mengemas kini peminatnya hanya dalam beberapa bulan sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...