Utama Drama Korea Hampir 3 Bulan Ditunda, ‘Sponsor’ Sah Tayang Pada 23 Februari Ini

Hampir 3 Bulan Ditunda, ‘Sponsor’ Sah Tayang Pada 23 Februari Ini

ihq sponsor

Sepatutnya ditayangkan November lalu, akhirnya tarikh tayangan drama “Sponsor” disahkan kini.

Menurut iHQ,

Drama Rabu-Khamis ‘Sponsor’ akan ditayangkan buat pertama kali pada 23 Februari dan disiarkan sekali di MBN.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, “Sponsor” ditangguhkan tayangan kerana iHQ membuat keputusan untuk menayangkannya sekali di saluran MBN. Ini bagi menyampaikan projek yang baik kepada sasaran penonton yang berlainan.

ihq sponsor

Disebabkan oleh penantian yang lama, rata-rata penonton mempunyai jangkaan yang tinggi buat drama ini.

Untuk pengetahuan, “Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan. Ianya dibintangi oleh Lee Ji-hoon, Han Chae-young, Koo Ja-sung dan Ji Yi-soo.

Korang pun mesti dah lama tunggu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMy Daily
Loading...