Meskipun drama “Snowdrop” sudah lama tamat, Ji-soo dan Jung Hae-in nampaknya masih berhubung sehingga kini.
Terbaru pada 6 Mei, Ji-soo telah berkongsi di Instagram, trak makanan yang dihantar Jung Hae-in ke set penggambaran drama barunya “Influenza”.
Meluahkan rasa terima kasih kepada lelaki itu, Ji-soo menulis,
Sampai ke croffle, semua memang sedap👍🏻 Lindungi Young-joo😎
JUNG HAEIN SENT A FOODTRUCK TO JISOO
“take care of your health and shoot INFLUENZA, I SUPPORT YOU”
HAESOO IN 2024 WE ARE SO BACK OMGGGGG pic.twitter.com/zTvo7oq5R3
— sloane ❄️ (@___sloane) May 6, 2024
Di trak makanan yang dihantar, Jung Hae-in turut meninggalkan mesej sokongan,
Semua orang, sila jaga kesihatan anda semasa penggambaran. Saya menyokong ‘Influenza’.
Semua orang, bergembiralah!
Rindu kan nak tengok mereka berlakon sekali?