Ikuti Kami:

Hadiri Majlis Perkahwinan Mewah Di Indonesia, Seungri Dikecam Kerana Skandal Lama

Hadiri Majlis Perkahwinan Mewah Di Indonesia, Seungri Dikecam Kerana Skandal Lama

Bukan biasa-biasa ye kawan Seung-ri ni.

Ketua Pegawai Pemasaran Bali United, Putri Sudali, baru-baru ini berkongsi foto pertunangan dan perkahwinan dengan suaminya William di Instagram. Perkahwinannya yang diadakan pada 19 Januari lalu, telah menarik perhatian ramai apabila dihadiri oleh tetamu ternama.

Antara tetamu tersebut adalah bintang Korea Selatan iaitu Seung-ri. Dalam pada itu, Putri Sudali ada memuat naik satu video di TikTok bersama Seung-ri dengan kapsyen

Kawan baik saya datang ke majlis perkahwinan saya, dan dia ialah Seungri. Terima kasih kerana terbang sejauh 5,200km untuk kami.

Namun begitu, di ruangan komen pula dipenuhi kecaman netizen kepada Seung-ri. Netizen menyatakan rasa terkejut mereka memandangkan lSeung-ri pernah terlibat dalam skandal ‘Burning Sun’ yang terkenal.

Tak boleh move on dari skandal Seung-ri ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...