Ikuti Kami:

Hadiri Konsert Suga BTS Di Seoul, Kenapa Taeyang & Min Hyorin Nampak Tak Selesa?

Hadiri Konsert Suga BTS Di Seoul, Kenapa Taeyang & Min Hyorin Nampak Tak Selesa?

Sebagai seorang senior, Taeyang pastinya akan sentiasa memberi sokongan buat juniornya!

Pada 6 Ogos, Suga BTS telah mengadakan penutup untuk konsert solonya “Suga Agust D Tour” yang diadakan di Seoul.

Khususnya pada hari terakhir, beberapa ahli BTS seperti Jin, J-Hope dan RM telah menghadiri konsert itu bagi memberi sokongan buat Suga.

Selain itu, Taeyang BIGBANG yang pernah tampil dalam program Suga “Suchwita” sebelum ini, juga turut dilihat hadir ke konsert yang sama bersama isterinya Min Hyo-rin.

Bagaimanapun menerusi satu video, suami isteri itu nampak tidak selesa apabila peminat mula pandang ke arah mereka dan merakam ahli BTS lain yang duduk di belakang mereka.

Selain menundukkan kepala, Min Hyo-rin juga dilihat menutup badan dan wajahnya dengan jaket hitam, sambil suaminya yang cuba untuk menenangkannya di sebelah.

Alala sweet la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...