Ikuti Kami:

Hadir Acara Sama, Song Jihyo & Kang Gary Bakal Buat Reunion?

Hadir Acara Sama, Song Jihyo & Kang Gary Bakal Buat Reunion?

Penonton setia “Running Man” sejak awal lagi pastinya tahu tentang ‘Monday Couple’ kan?

Hubungan cinta yang dibina antara Song Ji-hyo dan Kang Gary itu bagaimanapun terhenti di tengah jalan selepas penyanyi rap tersebut memilih untuk berhenti ‘berlari’ pada tahun 2017.

Kemudian, Gary telah pun berkahwin dengan wanita pilihannya dan pasangan itu turut memiliki seorang anak lelaki bersama Kang Ha-oh. Beberapa tahun berlalu, sepertinya hubungan antara lelaki tersebut dan ahli “Running Man” terputus di tengah jalan melainkan ada beberapa kali mereka menyebut mengenai satu sama lain dalam program berbeza.

song jihyo kang gary

Terbaru, sebuah entri mendedahkan terdapat ramai selebriti yang bakal menghadiri perlawanan pertama ahli tinju Manny Pacquaio di Korea pada 11 Disember ini di Kintex, Ilsan.

Antara selebriti yang dikatakan bakal menghadiri acara hebat itu ialah Son Suk-ku, Ma Dong-seok, Lee Sang-yeob, Kim Young-cheol, Kim Jong-kook, Kim Hee-chul, Shin Dong, Seo Jang-hoon, Lee Sang-min, Song Seung-heon, Seo In-guk, Lee Si-eon, Jung Jun-ha, Haha, Song Ji-hyo, Kang Gary, Kim Ji-seok dan lain-lain.

manny pacquaio

Melihatkan senarai nama ini, ramai yang meluahkan rasa teruja apabila Song Ji-hyo dan Kang Gary akan bertemu semula setelah lama ‘terpisah’. Malah dengan kehadiran Haha dan Kim Jong-kook, sudah pasti akan ada reunion mini antara ahli “Running Man” di situ.

Agak-agak dorang jumpa tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...