Ikuti Kami:

“Hadiah Ulang Tahun Ke-20 Buat Peminat” – TVXQ Akan Buat Kemunculan Semula Selepas 5 Tahun

“Hadiah Ulang Tahun Ke-20 Buat Peminat” – TVXQ Akan Buat Kemunculan Semula Selepas 5 Tahun

Lain macam hadiah ulang tahun yang TVXQ nak bagi ni.

Pada 5 Oktober, SM Entertainment telah mengesahkan bahawa TVXQ akan mengeluarkan album baru dan mengadakan konsert serta pameran bagi meraikan ulang tahun debut mereka yang ke-20.

Setelah membuat debut pada Disember 2003 dengan single hit “Hug”, TVXQ bakal meraikan ulang tahun yang ke-20 mereka pada 26 Disember ini. Bagi meraikan hari penting itu, TVXQ akan menghadiahkan peminat mereka yang setia bersama mereka sepanjang bergelar artis dengan album penuh ke-9.

tvxq

Tema yang bakal dibawa oleh TVXQ bagi ulang tahun yang bakal datang ialah “20&2” yang bermaksud ulang tahun ke-20 bersama 2 ahli. Tambahan pula, melalui promosi muzik mereka, TVXQ bakal mengimbas kembali kenangan serta pengalaman bermakna sepanjang 20 tahun bersama. Kedua-dua ahli TVXQ iaitu Yun-ho dan Chang-min juga ingin mempamerkan perjalanan baharu yang bakal mereka tempuhi bersama.

Dalam masa yang sama, TVXQ juga telah mengeluarkan gambar teaser menampilkan ‘Cassiopeia’ yang juga mewakili nama kelab peminat mereka, sekaligus membuatkan peminat berasa teruja untuk melihat kemunculan semula mereka.

Wah! Tak sabar nak tengok kemunculan semula TVXQ nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...