Mesti ada yang belum ‘move on’ dengan ending drama “Youth Of May” kan?
Bagi mengubat hati semua, Go Min-si dan Lee Do-hyun bakal kembali dengan sebuah drama pendek bertajuk “Reincarnation Love” yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal HK inno.N.
Drama lompatan masa itu membawa kisah Jeon Sang-tae (Lee Do-hyun) yang menghadiri janji temu buta bagi pihak rakannya dan bertemu Kim Hwa-ni (Go Min-si).
Untuk pengetahuan, kedua mereka pernah berlakon sebagai adik-beradik dalam “Sweet Home” dan pasangan kekasih dalam “Youth Of May”.
Naskhah ini dikhabarkan sebagai hadiah buat peminat ‘Myunghee-Tae’ yang mengharapkan ending bahagia buat pasangan itu.
“Reincarnation Love” akan diriliskan di saluran YouTube HK inno.N nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.