Ikuti Kami:

“Hadiah Buat Peminat” – Lancar Lagu Baru Oktober Ini, Jennie BP Bakal Sambung Kontrak Di YG?

“Hadiah Buat Peminat” – Lancar Lagu Baru Oktober Ini, Jennie BP Bakal Sambung Kontrak Di YG?

Status kontrak BLACKPINK masih belum selesai, YG Entertainment telah mengumumkan berita gembira buat peminat.

Terbaru pada 4 Oktober, YG Entertainment mengumumkan bahawa Jennie akan mengeluarkan single khas barunya “You & Me”, bakal dikeluarkan pada 6 Oktober ini.

Untuk pengetahuan, “You & Me” adalah lagu yang pernah dinyanyikan Jennie di pentas solonya ketika konsert jelajah dunia kumpulan itu.

Kongsi agensi,

Kami telah memutuskan untuk mengeluarkannya secara rasmi sebagai hadiah istimewa kepada peminat yang menyertai kami semasa konsert jelajah dunia. Kami berharap ia mengimbau kembali momen mempesonakan Jennie di atas pentas.

Dalam pada itu, peminat mempersoalkan jika Jennie akan menyambung kontraknya bersama YG atau ini merupakan lagu terakhirnya di agensi tersebut.

Nantikan keluaran “You & Me” pada 6 Oktober jam 12 tengahari ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...