Ikuti Kami:

Had Umur 19+, Hyeri Bakal Berlakon Drama Lesb*an ‘Competitive Kindness’

Had Umur 19+, Hyeri Bakal Berlakon Drama Lesb*an ‘Competitive Kindness’

Penyanyi dan pelakon, Hye-ri, sedang mempertimbangkan untuk muncul dalam drama baru.

Menurut pihak agensi Hye-ri, wanita itu bakal menyertai “Competitive Kindness”,

Hye-ri sedang positif mempertimbangkan untuk muncul dalam ‘Competitive Kindness’.

Ia adalah siri asli dari TVING yang diadaptasi dari webtoon Naver dengan nama yang sama. Kisah asal ditulis oleh penulis Song Chae-yoon, dan diilustrasikan oleh pengarang Sim Jae-young, dengan jumlah keseluruhan 77 bab.

hyeri

Drama ini merupakan cerita misteri thriller yang menggambarkan persaingan antara Jay, seorang pelajar sekolah menengah yang nampak sempurna, dan Seul-gi, seorang pelajar baru berpindah yang polos, setelah mereka menjadi sahabat karib dan secara mula menunjukkan obsesi mereka ke atas satu sama lain, serta persaingan untuk menjadi nombor satu di sekolah.

“Competitive Kindness” memiliki kemungkinan untuk mendapatkan rating 19+ (tidak boleh ditonton oleh individu di bawah usia 19 tahun) kerana mengangkat tema yang sensitif iaitu ‘GL’ (girl love) selain tingkah laku merosakkan diri dan penyalahgunaan dadah.

Agaknya Hye-ri terima tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...