Ramai yang sepertinya terkejut Hyeri bakal menerajui drama cinta antara pelajar sekolah perempuan.
“Friendly Rivalry” ialah naskhah thriller misteri yang memaparkan hubungan liar antara remaja perempuan yang bersaing lebih tegang berbanding untuk peperiksaan kemasukan kolej.
Webtoon tersebut mengandungi topik seperti penggunaan dadah dan mencederakan diri sendiri di mana siri ini mungkin akan diberikan had tontonan 19 tahun ke atas.
Hyeri Girl’s Day disahkan akan memegang watak Jae-yi, manakala pelakon Chung Su-bin akan membintangi watak Seul-gi, Oh Woo-ri sebagai Choi Kyung dan Kang Hye-won sebagai Joo Ye-ri di mana setiap dari mereka mempunyai masalah tersendiri.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.