Peminat DAY6 di Malaysia pasti akan gembira mendengar berita ini!
Terbaru, penganjur Live Nation Malaysia mengumumkan tambahan hari buat konsert DAY6 3RD WORLD TOUR <FOREVER YOUNG> in KUALA LUMPUR yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sg Wang.
Walaupun sebelum ini, konsert itu disahkan akan berlangsung pada 5 Oktober 2024 namun pihak penganjur bersetuju untuk menambah satu lagi persembahan pada 6 Oktober 2024 atas permintaan ramai.
‘ ‘ No to MOREEE DAY6? We can’t! With the first show officially SOLD OUT and due to overwhelming demand, DAY6 will be adding a second show in Kuala Lumpur on October 6th! ❤ Mark your calendars and get ready for double the fun!
— Live Nation Malaysia (@livenationmy) August 23, 2024
Tambahan pula, tiket untuk hari pertama terjual dengan pantas dalam sekelip mata sekaligus membuktikan populariti kumpulan itu di Malaysia.
Jangan lupa korang beli tiket!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.