Ikuti Kami:

Habis Latihan Ketenteraan Disember Ini, Lee Jongsuk Ditawar Buat Kemunculan Istimewa Dalam Filem ‘The Witch 2’

Habis Latihan Ketenteraan Disember Ini, Lee Jongsuk Ditawar Buat Kemunculan Istimewa Dalam Filem ‘The Witch 2’

Sedang sibuk dengan laihan khidmat ketenteraan kini, ramai peminat rasanya yang merindui untuk melihat lakonan Lee Jong-suk.

Pun begitu, dikhabarkan bahawa lelaki itu mungkin akan muncul dalam sekuel filem “The Witch: Part 1. The Subversion” selepas dia menamatkan latihan nanti.

Menurut agensi Lee Jong-suk,

Disebabkan hubungan istimewanya dengan pengarah Park Hoon-jung dek filem ‘V.I.P’, Lee Jong-suk telah ditawarkan untuk membuat kemunculan istimewa dalam ‘The Witch 2’.

Kami akan mengumumkan berita rasmi sekiranya dia akan muncul dalam filem tersebut selain berita mengenai projek sebenarnya selepas dia tamat latihan ketenteraan dan keputusan akhir dibuat.

filem the witch

Poster ‘The Witch: Part 1. The Subversion’

Kalau anda nak tahu, “The Witch: Part 1. The Subversion” ialah filem aksi misteri mengenai insiden misteri yang menyebabkan kematian ramai orang. Kisah tersebut bermula apabila figura misteri mendekati pelajar sekolah Ja Yoon (Kim Da-mi) yang menjalani kehidupan yang normal tanpa mengingat langsung kejadian lampau di mana selepas kejadian malam itu.

Meskipun Lee Jong-suk pernah ditawarkan untuk membintangi filem “The Witch: Part 1. The Subversion”, namun ianya tak dapat dilaksanakan kerana kekangan lain.

Rasanya ramai yang dah tak sabar menantikan Lee Jong-suk kembali ke dunia lakonan selepas dia menamatkan latihan pada Disember ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...