Kalau nak jadi idola di Korea, kena lah pandai jaga diri supaya tidak melakukan kesalahan yang mungkin akan memberi kesan pada karier di masa hadapan.
Terbaru, Seunghan yang bakal debut bersama RIIZE di bawah naungan SM Entertainment telah menerima kritikan ramai apabila fotonya bermesra bersama seorang wanita tersebar di serata laman komuniti.
Tidak pasti dari mana sumber asalnya, tapi foto itu membuktikan bahawa idola berkenaan telah ke hotel bersama kekasihnya yang di bawah umur dan beraksi mesra dihadapan kamera di mana mereka bercium dan berpelukan di atas katil.
Daripada bukti seperti tindik telinga, baju dan banyak lagi, peminat menebak bahawa insiden itu berlaku semasa Seunghan sudah pun diperkenalkan sebagai pelatih di bawah naungan agensi besar tersebut.
Dalam pada itu, tebakan ini semakin kuat diperkatakan apabila lelaki itu secara tiba-tiba membatalkan kemunculannya bersama ahli RIIZE lain untuk merakamkan persembahan debut mereka di program NPOP.
Respon agensinya,
Seunghan tidak akan muncul kerana kesihatan yang teruk akibat simptom sakit-sakit badan.
Hmmm.. tak tahu lah nak kata apa..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.