Jisung telah mendedahkan gambar keluarga yang bahagia bersama isteri, Lee Bo-young, dan dua orang anak mereka.
Pada 10hb, Jisung memuat naik satu gambar di akaun peribadinya tanpa sebarang kapsyen.
Dalam gambar itu, pasangan tersebut bersama dua anak mereka kelihatan sedang menikmati waktu cuti bersama. Senyuman lebar pasangan itu serta anak-anak mereka yang comel nyata menarik perhatian ramai.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, drama lakonan Jisung iaitu “Connection” berjaya meraih rating tinggi di SBS sekaligus membuktikan popularitinya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.