Utama Drama Korea Ha Seungri Kongsi Persiapan Sebagai Atlet Memanah Dalam ‘All Of Us Are...

Ha Seungri Kongsi Persiapan Sebagai Atlet Memanah Dalam ‘All Of Us Are Dead’

ha seungri all of us are dead

Pelakon Ha Seung-ri baru-baru ini menghadiri satu temu bual berikutan kejayaannya dari “All Of Us Are Dead”!

Ha Seung-ri memegang watak Jang Ha-ri dalam siri itu, iaitu seorang atlet memanah yang akhirnya dikurung di Sekolah Tinggi Hyosan, ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya Jang Woo-jin (lakonan Son Sang-yeon). Semasa temu bual, Ha Seung-ri ditanya tentang persediaannya untuk mengubah dirinya menjadi Jang Ha-ri. Dia menjelaskan,

Saya berlatih memanah sepanjang musim panas. Saya juga berlatih di antara penggambaran. Semasa pusingan itu, saya memukul kawasan 10 mata dua kali, 9 mata dan 7 mata. Apabila saya fokus, hasilnya akan bagus.

Mengenai popularitinya selepas siri itu, Ha Seung-ri mengaku bahawa dia masih tidak dapat merasakannya. Dia berkata,

Saya tidak sangka populariti akan menjadi sehebat ini. Saya tidak percaya bahawa siri ini berjaya mengungguli carta Netflix dan kami mempunyai promosi papan iklan di Times Square, New York.

ha seungri all of us are dead

‘Cool’ kan Ha Seung-ri dalam drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...