Ikuti Kami:

Ha Jungwoo, Im Soojung & Krystal Sah Terajui ‘How to Become a Property Owner in South Korea’

Ha Jungwoo, Im Soojung & Krystal Sah Terajui ‘How to Become a Property Owner in South Korea’

tvN telah mengumpulkan barisan pelakon hebat untuk drama baharu mereka berjudul “How to Become a Property Owner in South Korea”.

Ditulis oleh Oh Han-ki dan diarahkan oleh Lim Pil-sung, drama ini mengisahkan seorang pemilik hartanah yang bergelut dengan hutang. Demi melindungi keluarganya dan harta benda yang dimiliki, dia merancang satu jenayah kecil yang akhirnya menjadi lebih besar daripada jangkaan.

Pelakon veteran Ha Jung-woo akan memegang watak utama sebagai Ki Soo-jong, sekaligus menandakan kemunculan semula dia ke skrin kecil selepas 19 tahun. Bergandingan bersama Ha Jung-woo ialah Im Soo-jung sebagai isterinya, Kim Seon, Kim Jun-han sebagai sahabat karibnya Min Hwal-sung, dan Krystal sebagai isteri Min Hwal-sung, Jeon Yi-kyung. Akhir sekali, pelakon berpengalaman Shim Eun-kyung turut membintangi drama ini sebagai Yona, seorang pemungut hutang.

how to be a property owner

Penggambaran “How to Become a Property Owner in South Korea” dijadualkan bermula Julai ini, dan drama ini dirancang untuk disiarkan pada separuh pertama tahun 2026.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...