Gyuri KARA baru-baru ini tampil sebagai tetamu dalam satu rancangan hiburan, “Oh Eun Young’s Golden Clinic”.
Dalam sesi temu bual rancangan hiburan tersebut, Gyuri berkongsi mengenai kesulitan yang dihadapinya setelah isu bekas teman lelaki dan juga pemergian ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara.
Dalam pra-tonton “Oh Eun Young’s Golden Clinic”, Gyuri menyatakan,
Satu hari, saya tiba-tiba menerima panggilan…Terdapat banyak artikel semasa saya berpacaran dengan lelaki itu. Malah ada kejadian ugutan.
Kenyataannya menimbulkan persoalan kerana dia seolah-olah merujuk kepada bekas teman lelakinya Song Ja-ho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pika Project.
Dalam pada itu, Gyuri juga berkongsi mengenai mendiang Goo Hara dan turut meluahkan perasaannya. Dia berkata,
Ahli kumpulan saya sendiri pergi dahulu jadi selepas itu, saya tidak dapat menanganinya lagi. Kerana saya merasa keseorangan.
Dia menambah,
Saya merasakan seperti “Jika saya tidak berada di sini, keadaan akan menjadi lebih baik.”
Kesian kan Gyuri? Semoga baik-baik sahaja. Jangan lupa saksikan episod penuh pada 24 Jun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.