Siapa lagi yang paling gembira dengan kemenangan Oh Yeong-su, kalau tidak ”kkanbu’ asalnya!
Semalam , telah dilaporkan mengenai kemenangan pelakon veteran itu bagi kategori ‘Pelakon Pembantu Terbaik – Televisyen’ di ‘2022 Golden Globes’. Bahkan lebih membanggakan kerana ianya merupakan kali pertama pelakon lelaki Korea berjaya menggenggam anugerah berkenaan di majlis berprestij itu.
Meskipun tidak memenangi untuk kategori ‘Persembahan Terbaik Pelakon Lelaki -Televisyen’ namun Lee Jung-jae tidak dapat menyorokkan kegembiraannya dengan kemenangan Oh Young-soo.
View this post on Instagram
Kongsinya di Instagram,
Guru Il-nam, tahniah. Setiap babak yang dilakukan bersama awak adalah satu penghargaan. Bermula dari menjadi ‘gganbu’ awak.
Entri itu disertai foto mereka bersama ketika penggambaran “Squid Game”. Keduanya mendapat pujian ramai dek keserasian yang mengagumkan sebagai pemain Oh Il-nam (001) dan pemain Sung Gi-hun (456).
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.