Perasan tak ramai artis Malaysia yang ke Korea baru-baru ini iaitu antaranya Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan ramai lagi?
Kalau anda nak tahu, mereka ke sana untuk rakaman “Master In The House” versi Malaysia.
Yang menarik perhatian ramai apabila Andi Bernadee berkongsi sedutan video di mana dia mengajar BamBam GOT7 untuk bercakap frasa popular di Malaysia iaitu “Mak kau hijau!”.
View this post on Instagram
Selepas video berkenaan tular, penyanyi itu mengakui bahawa ianya dirakam secara spontan dan bertujuan untuk bergurau sahaja.
Bukan nak ajar ayat yang tak elok, itu hanya gurau-gurau sahaja. Saya pun dah terangkan maksud Mak Kau Hijau itu dan dia hanya gelak-gelak sebab lucu.
Malah Andi mendedahkan bahawa BamBam juga ada mengajar perkataan kasar dalam Bahasa Korea dengannya. Kamceng betul!
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Andi Bernadee menyatakan bahawa ahli GOT7 itu merupakan seorang yang baik selain merendah diri.
Saya memang kagum dengan peribadi BamBam. Sangat mudah bekerjasama dengannya, kami berbual bersama, makan bersama dan belajar bahasa masing-masing.
Penyanyi itu turut meminta semua agar menantikan banyak lagi perkataan yang dipelajarinya bersama BamBam menerusi “Master In The House” nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.