Ikuti Kami:

Guna Gambar Ahli BTS Tanpa Kebenaran, HYBE Hantar Amaran Kepada Komuniti The Camp

Guna Gambar Ahli BTS Tanpa Kebenaran, HYBE Hantar Amaran Kepada Komuniti The Camp

The Camp merupakan satu aplikasi dalam talian di mana, ia membolehkan ahli keluarga dan kenalan menghantar surat kepada pelatih tentera.

Baru-baru ini, timbul satu masalah apabila pihak The Camp menggunakan wajah dan nama ahli BTS tanpa kebenaran artis atau BIG HIT MUSIC.

Masalah bermula apabila aplikasi terbabit mula menggunakan banyak wajah dan nama BTS di ‘Recommended Star Soldier’, iaitu satu platform yang menyediakan maklumat tentang kehidupan tentera artis dan perkhidmatan komuniti untuk peminat.

hybe saman the camp guna gambar bts tanpa izin

Oleh itu, agensi BTS, HYBE, menghantar amaran kepada aplikasi surat tentera The Camp kerana menggunakan wajah dan nama anggota BTS yang berkhidmat dalam tentera tanpa kebenaran mereka. Tambah lagi, HYBE merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang mengatakan ia adalah satu ‘pelanggaran hak publisiti’.

Sementara itu, The Camp tidak membuat kenyataan rasmi berhubung kontroversi pelanggaran hak publisiti BTS, tetapi menyatakan,

Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan.

Macam tak profesional langsung..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...