Gu Hyesun Tidak Mahu Bercerai Kerana Ahn Jaehyun Ambil Kucing Peliharaannya?

guhyesun_kucing

Mesti semua tertanya-tanya kenapa Gu Hyesun beria-ia tak nak lepaskan Ahn Jaehyun walaupun suaminya itu dah buat onar dan menerima kecaman netizen.

Menurut entri terbaru pelakon wanita itu di laman Instagramnya, dia menyatakan dia tidak akan bercerai kerana suaminya itu telah mengambil haiwan peliharaan kesayangannya.

 


“Ahnjoo, kucing peliharaan yang telah tinggal lebih lama dengan saya. Orang itu yang tidak pernah beri makan mahupun bersihkan berak kucing tersebut pernah menyatakan pada saya yang dia akan menceraikan saya dan mengambil kucing itu. Jadi, saya tidak boleh menceraikannya. (Saya telah membelanya semenjak sebelum kahwin).”

Seperti yang disampaikan oleh peguam yang mewakili Gu Hyesun sebelum ini, anak guamnya itu tidak mempunyai niat langsung untuk menceraikan suaminya.

Sumber: Allkpop

Leave a Reply