Ikuti Kami:

Gu Hyesun Kongsi Sudah Maafkan Bekas Suami, Minta Orang Ramai Maafkan Juga Kesilapan Ahn Jaehyun

Gu Hyesun Kongsi Sudah Maafkan Bekas Suami, Minta Orang Ramai Maafkan Juga Kesilapan Ahn Jaehyun

Sudah lebih setahun bercerai, sepertinya masih ada lagi yang terbuku di hati Gu Hye-sun mengenai bekas suaminya, Ahn Jae-hyun.

Baru-baru ini, pelakon wanita itu telah berkongsi satu entri di laman Instagram peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 구혜선 (@kookoo900)

Disebabkan saya berkahwin dengan pemikiran dan etika yang konservatif, saya tidak mampu memahami pandangan pihak di sana (Ahn Jae-hyun) secara terbuka pada tahun lalu. Pada ketika itu, saya perasaan dikhianati sangatlah kuat kerana sebab peribadi.

Apabila difikirkan semula kini, tindakan saya adalah terbawa daripada emosi pada ketika itu di mana ia adalah lebih memalukan berbanding dengan apa yang berlaku. Disebabkan kejadian itu, saya tidak mahu bercakap mengenainya semula dan tiddak mahu ianya timbul kembali.

Walaubagaimanapun, sebab saya menulis entri ini ialah supaya rakan saya tidak disakiti lagi. Saya mempunyai kawan, sebagai kawan mereka, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka. Saya ada memberitahu dalam satu program baru-baru ini di mana saya tidak mempunyai rakan selebriti dan saya lebih selesa berahsia mengenai mereka. Saya tidak mahu mereka terluka disebabkan saya. Saya sangat berterima kasih kepada kawan tersebut.

Saya sudah maafkan semuanya. Saya positif bahawa semua yang berlaku akan membantu membesarkan saya sebagai manusia. Tolong galakkan individu yang ada bersama saya ketika menjalani lembaran hidup yang baru kini. Masa lalu ialah masa lalu. Meskipun saya tak dapat melakukannya, tolong terima dia termasuklah segala kesilapannya.

gu hyesun

Daripada entri tersebut, dapat disimpulkan bahawa wanita itu kini sudah pun membuka lembaran hidup yang baru dan kononnya sudah pun memaafkan Ahn Jae-hyun. Malah dia juga meminta orang ramai supaya memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sepertinya memberikan sokongan 50-50 kepada Gu Hye-sun dan juga Ahn Jae-hyun. Tak kurang juga ada yang meminta supaya Gu Hye-sun supaya meneruskan sahaja kehidupannya dan berhenti menyebut mengenai bekas suaminya kini.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...