Adakah Rosé sudah bertemu dengan cinta hati baru?
Selain penampilannya di karpet merah MEt Gala, Rosé turut mencuri perhatian di parti selepas acara apabila dia dilihat beramah mesra dan bergambar mesra bersama lagenda pemandu F1, Lewis Hamilton. Beberapa hari sebelum itu, Rosé juga dilihat berbual dengan lelaki itu di Grand Prix Miami.
Walaupun mempunyai kerjaya dan kewarganegaraan yang berbeza, gambar-gambar Rosé dan Lewis menunjukkan keserasian yang semula jadi. Kedua-duanya kelihatan selesa dan seiring, seolah-olah sudah lama saling mengenali. “Keserasian menggoda” mereka dengan pantas menjadi tular di media sosial, dan para peminat mula “menghantar kapal cinta” pasangan ini dengan penuh semangat.
View this post on Instagram
Ruang komen dibanjiri dengan reaksi seperti, “Tolonglah, teruskan sahaja hubungan ini, saya dah tak sabar”, “Serius, mereka nampak sangat secocok”, “Rosé, jangan terlalu fikir — teruskan saja… itu Lewis Hamilton!” dan “Saya tak teragak-agak nak kata mereka akan jadi antara pasangan paling hot.”
Namun, sesetengah netizen menyeru agar orang ramai tidak cepat membuat kesimpulan, sambil menekankan pentingnya menghormati persahabatan mereka.
Kalau ya pun, apa salahnya kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.