Ikuti Kami:

“Goo Harin” – Abang Timang Cahaya Mata Perempuan, Nama Diberi Ikut Pilihan Goo Hara

“Goo Harin” – Abang Timang Cahaya Mata Perempuan, Nama Diberi Ikut Pilihan Goo Hara

Tak sangka, sudah hampir setahun Goo Ha-ra pergi meninggalkan dunia ini. Dek tidak tahan dengan tekanan daripada orang ramai, wanita itu akhirnya membuat keputusan drastik untuk mengambil nyawanya sendiri pada November lepas.

Selepas lama meratapi kematian adiknya, abang kepada Goo Ha-ra iaitu Goo Ho-in telah menyambut kedatangan seorang ahli keluarga baru. Menerusi laman Instagramnya, lelaki itu mendedahkan puteri sulungnya yang baru sahaja lahir ke dunia ini kelmarin.

anak saudara goo hara

Diiringi gambar bayi perempuan yang comel itu, Goo Ho-in turut menulis kapsyen yang panjang.

Ogos 10, 2020. Namanya ialah Goo Ha-rin dan saya menangis kerana teringatkan adik saya apabila melihatnya. Terima kasih semua kerana mengucapkan tahniah kepada kami.

Sebelum kelahiran cahaya mata pertamanya ini lagi, Goo Ho-in ada berkongsi bahawa Goo Ha-ara sangat mahukan anak saudara perempuan. Bahkan pasangan itu membuat keputusan untuk menamakan anak perempuan tersebut dengan nama yang dirasakan cantik oleh selebriti itu.

Ha-ra kami sering mengatakan bahawa dia mahukan anak saudara perempuan dan dia selalu belikan suplemen kesihatan untuk kami. Kami putuskan untuk namakannya dengan nama yang awak rasakan cantik.

Tolong tengokkan anak saudara perempuan awak supaya dia membesar dengan baik. Adakah perkara ini akan terjadi sekiranya kita mengetahui tentang kewujudannya seminggu lebih awal? Saya rindukan awak.

anak saudara goo hara

Semoga mendiang Goo Ha-ra tenang di sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...