Ikuti Kami:

Gold Medalist Sahkan Sambung Kontrak Dengan Seo Yeji

Gold Medalist Sahkan Sambung Kontrak Dengan Seo Yeji

Terus setia bersama, agensi Gold Medalist mengumumkan bahawa mereka telah menyambung kontrak bersama Seo Ye-ji.

Menurut laporan media, agensi yang turut menaungi Kim Soo-hyun itu mendedahkan bahawa mereka terus berjabat tangan atas dasar kepercayaan ke atasnya.

Untuk pengetahuan, pelakon wanita itu sudah bersama agensi berkenaan sejak ia mula ditubuhkan pada tahun lalu.

seo yeji

Dalam pada itu, Seo Ye-ji sedang sibuk dengan penggambaran drama “Eve’s Scandal” yang merupakan projek pertama selepas dia terpalit dengan kontroversi bersama Kim Jung-hyun pada awal tahun ini.

Fighting Seo Ye-ji!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...