Ikuti Kami:

Go Woori Rainbow Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan

Go Woori Rainbow Bakal Melangsungkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan

Peminat K-Pop pasti mengenali ahli kumpulan Rainbow, Go Woo-ri kan? Khabarnya, dia kini bakal berkahwin!

Menurut agensinya, Image9Coms Entertainment mengumumkan,

Go Woo-ri akan berkahwin dengan kekasihnya ‘A’ pada 3 Oktober.

Perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup dalam majlis perkahwinan yang kecil dan sederhana dengan hanya 50 jemputan dalam kalangan kenalan rapat dan ahli keluarga yang bertempat di Seocho-gu, Seoul.

woori

Bakal pengantin lelaki adalah merupakan seorang bukan selebriti yang kini menjalankan perniagaan persendirian dan berusia 5 tahun lebih tua daripada Go Woo-ri. Kedua-dua mereka bertemu buat kali pertama melalui rakan setahun lalu, dan selepas perhubungan serius, mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin.

Agensi itu berkata,

Mereka baru-baru ini berjumpa ibu bapa mereka dan mengadakan perbualan terperinci dan serius tentang masa depan mereka. Tidak lama kemudian, mereka mengadakan pertemuan dan memutuskan untuk berkahwin.

Agensi itu juga menyambung,

Kami sedang bersiap untuk urusan perkahwinan Go Woo-ri, seperti bulan madu dan perancangan aktivitinya akan datang, satu demi satu.

wooriSelepas berkahwin, Go Woo-ri bercadang untuk meneruskan aktiviti menerusi drama dan filem. Agensi itu berkata,

Drama HBO Max “The Mentalist”, yang telah pun menjalani penggambaran, dijadualkan akan ditayangkan tahun ini. Buat masa ini, drama dan filem baharu telah disahkan, dan persiapan untuk penggambaran telah bermula dengan bersungguh-sungguh.

Kami bercadang untuk lebih aktif menyokong aktiviti lakonan dan penyiaran masa depan mereka, dan ucapkan tahniah untuk kehidupan baru yang akan dimulakan oleh mereka.

Tahniah buat Go Woo-ri dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...