Adakah pelakon Cha Joo-young dan Go Soo akan berlakon bersama dalam sebuah K-Drama baru?
Menurut laporan media, kedua-dua mereka menerima tawaran untuk menerajui drama “Rebirth”
Ia adalah sebuah melodrama misteri balas dendam, mengisahkan tentang Myo-jin, yang kehilangan ingatan akibat insiden letupan vila misteri, dan tunangnya, seorang CEO yang menjaga wanita itu.
Sebelum ini, “Rebirth” telah diriliskan dengan 8 bahagian sebagai projek audio di Naver. Drama itu dikatakan akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.