Ikuti Kami:

“Gila..” – Penampilan Seksi Choi Sooyoung Buat Peminat & Ahli SNSD Terkejut

“Gila..” – Penampilan Seksi Choi Sooyoung Buat Peminat & Ahli SNSD Terkejut

Baru-baru ini, pelakon dan ahli GIRLS’ GENERATION iaitu Choi Soo-young telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Hashtag Legend.

Khususnya pada 8 November, foto penggambaran Soo-young dengan majalah tersebut telah dikongsi dan berjaya menarik perhatian ramai.

Tampil dengan penuh berkarisma, selebriti itu dilihat menggayakan dress hitam pendek dan merah jambu, kelihatan seksi dengan rambut pendek barunya.

choi sooyoung

Bukan sahaja peminat yang teruja melihat penampilan seksi Soo-young malahan, ahli GIRLS’ GENERATION turut terkejut dengan Tae-yeon dan Hyo-yeon meninggalkan komen,

Gila..

Awak sangat seksi.

Dalam pada itu, drama terbaru Soo-young bersama Yoon Park berjudul “Send A Fan Letter”, bakal temui penonton pada 26 November ini. Ia mengisahkan mengenai seorang selebriti Han Kang-hee, yang menghadapi satu krisis dan hadirnya seorang lelaki, Bang Jeong-seok, yang ingin menjaga hati anaknya dengan memalsukan serta menghantar surat kepada selebriti itu tanpa pengetahuan anaknya yang menghidapi kanser.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...