Ikuti Kami:

“Gila Ke?” – ‘Love Next Door’ Dituduh Cuba Tiru ‘Queen Of Tears’

“Gila Ke?” – ‘Love Next Door’ Dituduh Cuba Tiru ‘Queen Of Tears’

Bukan mudah nak puaskan hati penonton K-Drama.

Kini, drama “Love Next Door” sedang memberikan fokus pada perkembangan plot di mana Bae Seok-ryu mula mengejar impian untuk memasak namun tidak direstui oleh kedua-dua orang tuanya.

Walau bagaimanapun, keadaan semakin genting apabila wanita itu secara tiba-tiba sakit teruk dan didedahkan pernah didiagnosis dengan kanser perut dan menjalani pembedahan semasa tinggal di Amerika Syarikat dahulu.

Selepas episod itu ditayangkan, ramai penonton menyuarakan rasa kecewa, mengatakan bahawa plot Bae Seok-ryu sakit teruk tak perlu diselit dan hanya membuat rancangan itu menjadi klise. Tambahan pula, mereka merasakan plot twist ini terlalu kerap digunakan, seperti yang pernah dilakukan dalam banyak drama klasik untuk meningkatkan ketegangan, dengan contoh terbaru dalam “Queen of Tears”.

Pun begitu, sesetengah penonton mempertahankan “Love Next Door”, dengan berhujah bahawa butiran penyakit itu masuk akal kerana Seok-ryu sentiasa hidup di bawah tekanan yang melampau, jadi tidak mengejutkan jika dia menghidapi penyakit.

Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...