Ikuti Kami:

“Gihun Patut Hidup” – Mengaku Asalnya Rancang Ending Bahagia, Pengarah ‘Squid Game 3’ Dikecam

“Gihun Patut Hidup” – Mengaku Asalnya Rancang Ending Bahagia, Pengarah ‘Squid Game 3’ Dikecam

Dengan tayangan musim ketiga “Squid Game” di Netflix baru-baru ini, pengarah Hwang Dong-hyuk mencetuskan perbincangan hangat apabila mendedahkan bahawa dia asalnya merancang untuk memberikan pengakhiran bahagia.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, pengarah itu berkata,

Ketika saya mula-mula merangka musim 2 dan 3, saya bayangkan pengakhiran yang bahagia. Saya mahu Gi-hun tamatkan permainan dan akhirnya bertemu semula dengan anak perempuannya.

Namun, katanya, idea itu berubah sewaktu proses penulisan,

Semasa menulis, pandangan saya berubah. Saya rasa dunia ini makin sukar untuk didiami, dan salah satu puncanya adalah individualisme kapitalis. Ia membuatkan saya fikir, apakah jenis dunia yang kita akan wariskan kepada generasi akan datang.

Selepas tayangan musim 3, reaksi penonton bercampur di mana ada yang memuji, ada yang mengecam. Katanya,

Saya sebenarnya tidak sihat dan tak cukup tidur selama sebulan akibat promosi antarabangsa. Jadi saya cuba elak membaca reaksi, hanya dengar dari sekeliling.

hwang donghyuk

Selepas temu bual ini tersebar, pelbagai komen muncul di komuniti dalam talian. Ada netizen berpendapat bahawa pengakhiran bahagia yang asal lebih sesuai. Contohnya,

Biasanya idea asal lebih tepat. Cerita di mana Gi-hun hancurkan semuanya dan pergi selamatkan anak dia memang lebih masuk akal.

Namun ada juga yang melabel musim 3 sebagai “drama gagal”. Komen seperti “Campur semua idea semata-mata nak capai pengakhiran yang dia suka, itulah resipi drama gagal” dan “Patutnya habis dekat musim 1 je, baru boleh dipanggil masterpiece” turut tular.

Siri Squid Game telah mencatatkan gabungan tontonan hampir 600 juta kali untuk musim 1 dan 2 iaitu satu pencapaian luar biasa bagi karya Korea. Namun, perdebatan tentang pengakhiran musim ketiga masih hangat dalam kalangan penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   bnt News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...