Ikuti Kami:

(G)I-DLE Bakal Tampil Dalam Program Realiti Kembara ‘Handle With Care’

(G)I-DLE Bakal Tampil Dalam Program Realiti Kembara ‘Handle With Care’

Baru-baru ini, satu khabar gembira telah diumumkan di mana kumpulan (G)I-DLE akan bertemu peminat menerusi satu program hiburan realiti kembara terbitan tvN, “Handle With Care”.

Program realiti berkonsepkan kembara, “Handle With Care” itu bakal disiarkan melalui melalui platform “Season” atau “Seezn”. Pengumuman kemunculan (G)I-DLE dalam program tersebut terus memberikan keterujaan dalam kalangan peminat apabila satu poster teaser turut dimuat naik.

Turut tertera satu kenyataan “Awas untuk mengendalikan kekecohan (G)I-DLE” di dalam poster tersebut yang mana bakal menonjolkan sifat atau personaliti sebenar kumpulan itu. Mi-yeon, Minni, So-yeon, Yuqi dan Shu-hua bakal menikmati satu perjalanan kembara melalui “Kotak Penyembuhan Misteri” di sebuah destinasi pelancongan untuk mencari sumber-sumber penyembuhan.

Program realiti ini juga bakal menggambarkan perjalanan mereka untuk berehat, makan dan bermain dengan baik selepas kesibukkan mereka dalam kemunculan semula yang “TOMBOY”. (g)i-dleYoo Hyun-joong, ketua perniagaan di KT Season, berkata,

Kita akan dapat melihat realiti perjalanan (G)I-DLE yang sangat disayangi oleh penonton “Handle With Care”.

Program realiti “Handle With Care” ini akan dikeluarkan secara berurutan pada setiap hari Khamis, bermula pada 23 Jun ini.

Peminat kumpulan (G)I-DLE jangan terlepas okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...