Setelah lama menanti, GFRIEND nampaknya akan menemui peminat sebagai satu kumpulan tak lama lagi!
Pada 24 September, orang dalam industri muzik berkongsi bahawa GFRIEND akan kembali reunion pada Januari tahun depan, sempena ulang tahun debut ke-10 mereka.
Menurut laporan, kumpulan enam ahli itu akan memulakan projek baru yang akan diuruskan oleh agensi Source Music.
Sebagai respon, Source Music mengesahkan,
GFRIEND akan menemui peminat pada Januari tahun depan dengan projek baru untuk meraikan ulang tahun debut ke-10 mereka.
Sambung agensi,
Projek ini dilakukan kerana ahli ingin memberikan kenangan berharga kepada peminat mereka Kami meminta penantian dan sokongan hebat anda
Yayy!