Song Ji-hyo memang berani kan?
Dalam episod baru “Pinggyego”, Song Ji-hyo, Ji Suk-jin dan Haha telah bercerita pelbagai perkara termasuklah perihal “Running Man”.
Antara kisah yang didedahkan oleh mereka ialah mengenai terjunan bungee ‘lejen’ Song Ji-hyo di Macau. Kata mereka, pelakon tersebut kelihatan bosan sementara menunggu namanya dipanggil untuk terjunan itu.
Ulas Song Ji-hyo,
Lee Dong-wook teragak-agak selama dua jam. Sebab kan dia ambil masa selama 2 jam untuk lompat, saya dah mula rasa mengantuk. Saya geram melihat Lee Dong-wook yang melengah-lengahkan masa. Walaupun dia kawan saya, tapi saya dah berniat ‘saya tak akan jadi macam dia’.
jihyo hates how dongwook hesitated to jump the macau tower for 2 hrs, that’s why she felt sleepy when it was her turn,, girl i—😭#SongJiHyo #송지효 pic.twitter.com/DyQCfvSWOi pic.twitter.com/V4JIgYJ9sy
— 예뻐지효ッ (@yeppojihyo_) July 15, 2024
Jelasnya, dia memang dah bersedia untuk melompat namun rupanya tali ikatan itu yang menariknya ke hadapan,
Saya ditarik sebenarnya.
Tapi memang sampai sekarang terjunan itu masih menjadi sebutan ramai kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.