Moonbyul MAMAMOO telah mengeluarkan muzik video untuk single baharunya “From Head to Toe” yang menampilkan Seori.
Dalam MV itu, Moonbyul menjemput seorang ‘pelawat hantu’ ke rumahnya dalam bentuk Seori. “From Head to Toe” ialah single pra-keluaran daripada album solo mini ketiga Moonbyul yang akan datang “6equence”, yang akan dikeluarkan pada 19 Januari.
“From head to toe” ialah lagu genre R&B yang mencipta ‘mood’ termenung namun mendalam, dengan bunyi sintetik yang unik dan lirik yang mengasyikkan. Penerbit RBW Lim Sang-hyuk, Jeon Da-woon, dan bapa Coco Tofu mengambil bahagian dalam lirik dan gubahan, diikuti dengan usaha Moonbyul untuk menambah baik kesempurnaan lagu itu.
Sebelum ini, Moonbyul telah mengeluarkan “Chemistry” sebagai hadiah kepada peminat pada hari lahirnya, dan dia juga mengeluarkan “G999” yang menampilkan Mirani sebagai single pra-keluaran.
Jom dengar lagu baharu Moonbyul!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.