Genap 5 Tahun, Mendiang Jonghyun SHINee Masih Diingati Sehingga Kini
- oleh Athirah Azmi
- 3 tahuns lalu
Mendiang Jong-hyun SHINee semestinya sangat dirindui ramai…
Terbaru, jika ada yang mengikuti laman media sosial rasmi SHINee, mesti ada yang tersentuh dengan muat naik mereka baru-baru ini kan?
Menerusi muat naik di akaun media sosial SHINee, ia merupakan sekeping gambar mendiang Jong-hyun yang berdiri di atas pentas. Gambar itu dimuat naik berserta kapsyen,
Kami akan selalu sayang kamu.
“늘 당신을 사랑합니다” pic.twitter.com/m6o4tiedgp
— SHINee (@SHINee) December 17, 2022
Dunia hiburan Korea sebelum ini telah digemparkan dengan pemergian Jong-hyun pada 18 Disember 2017, dan meninggal di usia muda iaitu 27 tahun. Dia dikhabarkan menghidap depresi dan ditemui mati di tempat penginapannya sendiri, di Seoul. Pemergian yang mengejut itu sememangnya meninggalkan kesan yang hebat bukan sahaja kepada umum, tapi kepada rakan-rakan artis juga.
Sehingga kini, figura Jong-hyun masih diingati oleh orang ramai dan dek kerana kematiannya juga, insiden itu berjaya membuka mata ramai pihak untuk sentiasa memberikan perhatian kepada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama.
Semoga Jong-hyun tenang di sana…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




