Ikuti Kami:

[GEMPAR] “Mereka Tak Bahagia” – Dispatch Dedah Banyak Foto Percutian Han Sohee & Ryu Junyeol Di Hawaii

[GEMPAR] “Mereka Tak Bahagia” – Dispatch Dedah Banyak Foto Percutian Han Sohee & Ryu Junyeol Di Hawaii

Sehingga hari ini, berita percintaan antara Han So-hee dan Ryu Jun-yeol masih mengejutkan ramai.

Terbaru pada 18 Mac, Dispatch telah mendedahkan beberapa foto yang membuktikan memang benar bahawa Ryu Jun-yeol dan Han So-hee meluangkan waktu bersama di Hawaii.

Menerusi laporan ekslusif, pihak Dispatch terus bergegas ke Hawaii selepas terdapat khabar angin percintaan antara mereka. Namun, apa yang mereka lihat tidak seperti apa yang mereka jangkakan.

han sohee ryu junyeol hawaii

Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar, Han So-hee hanya melihat telefonnya berbanding berborak dengan Ryu Jun-yeol, dan begitu juga dengan lelaki itu yang hanya makan tanpa bersuara.

han sohee ryu junyeol

Tambahan, Dispatch juga berkongsi bahawa mereka tidak kelihatan seperti sedang berseronok dan sebaliknya, mereka jalan berasingan sambil melihat ke bawah.

Hal ini kerana, mereka pastinya kecewa dan risau kerana pelbagai spekulasi yang telah dibuat netizen mengenai hubungan mereka.

han sohee ryu junyeol date hawaii

Sementara itu, Han So-hee juga telah kehilangan 100,000 pengikut di Instagramnya kini dan telah memadam semua hantaran di laman Blognya.

Jadi, memang betul la mereka bersama di sana..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...