Ikuti Kami:

“Geli” – Lebih 2 Juta Tontonan, Penonton Kritik K-Drama Ini Papar Babak Tak Senonoh

“Geli” – Lebih 2 Juta Tontonan, Penonton Kritik K-Drama Ini Papar Babak Tak Senonoh

Bukan sahaja di saluran awam, K-Drama kini turut berkembang pesat di platform web seperti pelbagai laman penstriman seperti YouTube.

Seperti yang semua tahu, laman seperti ini tidak meletakkan peraturan yang strict mengenai tahap plot yang boleh dipaparkannya lantas ia digemari ramai kerana tidak ‘kuno’ seperti drama di kaca televisyen.

Pun begitu, ada sesetengah produksi yang sepertinya mengambil kesempatan dengan kelonggaran ini dan menyelitkan pelbagai babak tidak senonoh di dalam drama web kini. Antara yang disebut ramai ialah sebuah drama pendek bertajuk ‘Membalas dendam pada pembuli yang tersekat pada dinding..” yang dihasilkan oleh MilkFilm.

Kisah bermula apabila si pembuli yang sedang merokok di belakang sekolah cuba melarikan diri apabila terdengar gurunya menghampiri. Semasa cuba melepaskan diri, pelajar perempuan itu cuba meloloskan diri menerusi lubang di dinding namun tersangkut. Malangnya, dia tersekat di situ dan cuba meminta bantuan orang lain.

Apabila salah seorang mangsanya datang dan terjumpa pembuli itu, dia cuba sedaya upaya untuk menariknya keluar. Pelajar perempuan itu kemudiannya memarahi pelajar lelaki tersebut kerana gagal membantunya. Geram dengan situasi itu, lelaki yang pernah dibuli perempuan tersebut membuat keputusan untuk menangkap gambarnya untuk dijadikan bahan ugutan.

milkfilm

Apabila berjaya diselamatkan, pembuli itu meminta mangsanya bagaimana cara untuk menjadi baik dan terpelajar,

Mungkin awak boleh bantu saya.. Boleh saya panggil awak cikgu?

Netizen Korea yang menonton drama web ini meninggalkan komen kritikan kerana naskhah ini yang secara tersirat menjadikan pelajar perempuan itu sebagai objek kerana memakai skirt pendek. Komen mereka,

Gila ke?

 

Apalah yang difikirkan pelakon semasa merakam babak ini..

 

Plotnya merepek.

 

Gila!

 

Ingat ni Jepun ke?!

 

Thumbnail yang digunakan agak provokatif.

Setakat ini, video berkenaan sudah pun mencapai hampir 2 juta tontonan di YouTube dan masih lagi menjadi bualan ramai.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...