Ikuti Kami:

Gelap Hingga Ke Sudah, Episod Akhir ‘Reflection Of You’ Raih Rating Biasa

Gelap Hingga Ke Sudah, Episod Akhir ‘Reflection Of You’ Raih Rating Biasa

Selepas 16 episod menghantui penonton, akhirnya “Reflection Of You” menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

“Reflection Of You” membawa kisah seorang wanita yang berpegang teguh kepada keinginannya manakala seorang wanita lain pula yang kehilangan cahaya dalam hidup kerana seorang lagi. Drama ini akan membawa kisah curang, pengkhianatan, rasuah dan balas dendam yang tercetus selepas pertemuan mereka.

Dua kehidupan berbeza

[Amaran SPOILER]

Sehingga ke sudah, drama ini berjaya mengekalkan ‘kegelapan’ yang menyelubunginya. Woo-jae yang obsesif akhirnya menemui ajal selepas dia ditikam oleh anak Hui-joo iaitu Lisa. Tidak mahu ianya diketahui orang lain, Hui-joo mencampak mayat lelaki itu di dalam tasik yang selalu dilawatinya dahulu. Walaubagaimanapun, Hee-won sedar mengenai kejadian itu dan meminta Hui-joo menghilangkan diri dari semua yang disayanginya sebagai balasan untuk merahsiakan insiden tersebut.

jtbc reflection of you

Beberapa tahun berlalu, nampaknya nasib kedua wanita itu sepertinya berubah arah. Hee-won berjaya menjadi artis yang diimpikannya dengan pameran pertamanya manakala Hui-joo dilihat masih menyorok dan meratapi kehilangannya. Sepertinya semuanya berjalan dengan biasa namun dia tetap di situ, keseorangan.

jtbc reflection of you

Rating baik

“Reflection Of You” nampaknya selesa dengan catatan rating dalam linkungan 2% sepanjang tayangannya. Namun ianya mencatat 3.178% pada episod terakhir tetapi tidak dapat menandingi catatan terbaik iaitu 3.636% semasa episod pertama.

Meskipun ketiga-tiga watak mempunyai sikap toksik mereka, tetapi “Reflection Of You” membawa premis unik dalam dunia K-Drama. Tiada siapa yang boleh disokong dan tiada siapa yang naik di mana semuanya mempunyai agenda tersendiri.

Bagaimana dengan drama ini, best tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...