Ikuti Kami:

Gary Perjelas Khabar Angin Leessang Bakal Lancar Album Baru

Gary Perjelas Khabar Angin Leessang Bakal Lancar Album Baru

Ada tak peminat kumpulan Leessang di sini?

Baru-baru ini, tersebar satu khabar angin yang mengatakan bahawa kumpulan rap duo itu akan membuat reunion semula. Ini kerana satu muka depan album yang didaftarkan di laman penstriman lagu global Spotify yang didakwa didaftarkan untuk album Leessang “Switch” untuk tahun 2022.

Disebabkan itu, rata-rata peminat menebak bahawa Gary dan Gil akan kembali bergabung untuk menyambut ulang tahun ke-20 mereka.

leessang

Pun begitu, Gary menutup spekulasi itu menerusi sebuah entri di Instagram miliknya,

Berita tidak berasas. Kami sudah berpisah.

leessang reunion

Untuk pengetahuan, Leessang membuat kemunculan pertama pada 2002 dan meriliskan pelbagai lagu hit seperti “Clown”, “Girl Can’t Break Up, Boy Can’t Break Away”, “I’m Not Laughing” dan banyak lagi.

Gary dan Gil kemudiannya memilih untuk menamatkan aktiviti kumpulan itu selepas single “Kaleidoscope” dilancarkan pada 2015.

Hanya tinggal harapan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...