Ikuti Kami:

Gary Disahkan Bakal Sertai ‘Superman Returns’ Bersama Anak Lelakinya!

Gary Disahkan Bakal Sertai ‘Superman Returns’ Bersama Anak Lelakinya!

Sedar tak sedar, rupanya dah hampir 4 tahun Gary meninggalkan rancangan hiburan popular iaitu “Running Man”. Walaupun dah lama tidak muncul dalam mana-mana rancangan televisyen, boleh dikatakan ramai peminat merindui lawak selamba dan ‘masuk air’ ahli rap itu yang sentiasa menjadi penyeri rancangan tersebut suatu ketika dahulu.

Bagi yang merindui telatah lucu lelaki ini, bersedialah kerana rancangan realiti “Superman Returns” sudah pun mengesahkan bahawa Gary dan anak lelaki tunggalnya bakal muncul dalam program tersebut sebagai ahli panel tetap tak lama lagi!

Kang Haoh iaitu cahaya mata sulungnya bersama isteri tercinta sudah pun berusia 2 tahun 2 bulan dan dikhabarkan sangat meminati muzik, menyanyi dan turut suka bermain pelbagai alatan muzik, sama seperti ayahnya.

kang gary sertai superman returns bersama anaknyaKalau anda perasan, penyanyi rap itu tidak pernah memuat naik gambar penuh anaknya itu di laman media sosial. Mungkin tidak mahu anaknya menjadi perhatian ramai dan inginkan dia membesar secara senyap. Bagi sesiapa yang teringin nak tahu bagaimana rupa anak Gary, jangan lupa saksikan rancangan “Superman Returns” nanti!

Walaupun tiada lagi tarikh spesifik keluarga Gary bakal memunculkan diri tetapi nampaknya semua peminat dah teruja nak melihat gelagat Gary sebagai seorang ayah pula selepas terbiasa dengan imejnya yang huru-hara ketika bujang!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...